Assalamualaikum. This is themyra land. :)FOLLOW | HOME
('Tiny Book #Amyra Imanie Story




Diary | Myself | Chatbox

Come back untuk yang ke berapa kali ?
Sunday 26 April 2015

Assalamualaikum !

Hai reader ! Ya Allah , rindunya dengan blog sendiri . Lama gila tak update . Last update Jan 2014 . Ya Rabbi . Setahun lebih jugak tue . Nampak sangat iolls busy . kahkahkah . Busy laa sangat .

Btw , Alhamdulillah . Alhamdulillah for everything . 2015 tahun yang penuh dukacita bagi aku setakat nie . Januari - April . But , yeah . Alhamdulillah . Aku jalani dengan baik! Im survive ! :D

Emm , hari nie aku nak kongsi satu cerita sedih aku . Cerita yang mana kawan-kawan aku semua sudah sedia maklum . Aku baru jaa kehilangan seorang kawan rapat , besfriend , bestfriend forever , something like that laa . Kalau mahu kata baru tue , aku rasa memang baru . Tapi sudah lebih 100 hari . Bagi korang baru k lama ?

Kawan aku tue lelaki . Nama dia mukhlis . Mohd Mukhlis Hakim Bin Ahmad . Kalau korang perasan , aku ada mention nama dia sekali dekat entry sebelum nie . Dia pergi buat selamanya masa 11 Jan 2015 . Masa tue jugak flight aku dari Tawau - KL . Yup . Kami rancang nak balik kg Bestari Jaya at the same day . So , masa dia otw balik ke kg BJ , dia kemalangan :"(

He is not the one yang meninggal . Ada sorang lagi yang pergi selamanya . Aizat . His cousin . Dalam kereta tue ada 4 orang . Mukhlis , Aizat , Aizudin and his friend ( idk who ) . 2 meninggal . Mukhlis and Aizat . 1 koma . Aizudin . 1 cedera . His friend ( idk who ) .

Flight aku dari Tawau dalam pukul 2 lebih . Sebelum flight aku ada kol Mukhlis . Dia cakap , masa tue dia dekat mana tah . Nak main dota . Then baru bergerak balik ke bj . And he said , bila aku sampai bj , dia pun akan sampai . So aku cakap " Okay . Jumpa nanti " . Sangat  confident aku cakap "jumpa nanti" . Rupa-rupanya itu lah kali terakhirnya aku dengar suaranya . AllahuAkhbar :"(

Sesampainya di KLIA2 , aku baru sedar yang topup aku takda . So , internet lost . So , aku decide isi masa sampai BJ jaa . Aku ada dua fon . Fon yang satu lagi tue nokia cikai jaa . Masa tengah isi perut dekat KLIA dalam pkul 6 lebih aku try kol dia . Tapi masa tue aku kol tak jawab . So , aku ingat dia okay2 jaa . Like nothing happen . Sesampainya aku di BJ baru laa aku topup dan on internet . Masa tengah kemas barang tetiba fon bunyi . Aku tengok fon . Somebody yang aku tak expect chat aku di wechat . Tikah . Tapi soalan dia buat aku tak senang . Dia tanya kalau aku tau pasal mukhlis . Then aku kata aku tak tau . Then she said mukhlis dah takda . Innalillahiwainnalillahirajiun . Masa tue aku just fikir mukhlis sakit or whaterver dan bukannya meninggal . Aku tnya tikah betul k ? Dya kata betul . Masa tue jugak air mata aku mengalir and aku rasa macam nak meraung . Tapi aku tahan semampu ku .

Aku cepat-cepat bagi tahu dekat housemate aku . Sebab masa tue diorang jaa yang ada . Kawan aku masa tue ikin and wien . Diorang pun rasa tidak percaya dengan pemergian mukhlis yang  terlalu cepat rasanya . Ikin thought it was a joke ( Ikin cuba think positive ) . Ikin try kol mukhlis , tapi yaa , tidak di jawab . Aku pun buka fb . Sebab tikah ada tunjuk gambar kak shara dihar , kakak kepada aizudin dan aizat update status dekat fb about it . Bila buka , yes . Its true ! Aku kehilangan sahabat aku . Sahabat dunia akhirat .

Masa tue fb aku asyik berbunyi di sebabkan pertanyaan dan kata semangat dari kawan-kawan mukhlis , keluarga dia dan ada juga cikgu dia . Terkejut jugak laa masa tue . Aku tak dapat nak jawab persoalan cikgu dia sebab aku sendiri tak tau kejadian tue macam mana masa tue . Tapi Alhamdulillah . Di saat aku rasa jatuh ada aura semangat yang aku terima dari kawan dan keluarga mukhlis . Terima kasih semua .

Apa-apa pun , Sekarang semuanya sudah berjalan seperti biasa . Aku pun sudah bangkit semula untuk bina semangat baru . Im trying hard ! Alfatihah buat Arwah Mukhlis Hakim dan Saiful Aizat . Moga kalian ditempatkan ditempat orang yang beriman . Salam Takziah buat Keluarga dan Rakan-rakan mereka . Be strong :)

Tq for reading. 

0@themyra (s)
OLD | NEW