Assalamualaikum. This is themyra land. :)FOLLOW | HOME
('Tiny Book #Amyra Imanie Story




Diary | Myself | Chatbox

Job Hunter
Tuesday 19 May 2015

Assalamualaikum...

Huh. Kalau boleh, mahu saja aku mengeluh. Boring yang teramat sangat aku duduk rumah nie. Masa habis spm dulu aku boleh tahan lagi duduk rumah tidak buat apa apa. Mahu kerja pun ibu macam mahu tidak mahu jaa kasi aku. So aku decide untuk berdiam sahaja dirumah. Jadi anak yang mendengar kata laa katakan.


Kali nie cuti tersangat lah bosan. Aku cuti menunggu. Habis masa dengan menunggu sahaja. Yaa Rabbi. Bosan. Tunggu result praktikum keluar. Tunggu result upu bulan ogos. Tunggu graduation day. Pergh! Cuti ku terbuang dengan hanya menunggu 😥


Selepas beberapa hari aku sampai sini, aku memg sudah mula bergerak untuk mengisi msa lapang ku. Aiseh. Masa lapang gittew. Aku dah naik turun PPD untuk berurusan isi permohonan guru ganti. Tapi sampai laa nie tiada panggilan yang aku terima. Sabo je laa. Zaman sekarang,sapa ada cita2 mahu jadi cikgu tue, emm cari laa cita2 lain. Sebab sekarang nie lambakan graduan guru sangat banyak. Tapi depends laa jugak pada rezeki masing masing. Hehehe 😁


Aku ada jugak pegi walk-in interview. Kerja di popular bookstore. Aku dapat, tapi kena area kl. Aku dont mind sangat. Yang penting ada kije part time. Sebab aku dah boring duduk dekat rumah. Sekali aku tanya ibu aku pasal aku nak kerja tue, terus ibu aku kata "takpayah laa long.Cari area sini jaa" . Dan aku terus mendiamkan diri hari demi hari. Terpaksalah ikut cakap ibu. Jadi anak jangan derhaka 😂


Now, aku try lagi cari yang lain. Aku nak try jdi teacher dekat little caliph pulak. Harap harap dapat laa. Masa aku sudah banyak terbuang nie. Haih. Kome kome semua doakan laa aku yaa. Mana laa tau doa kome kome tue dimakbulkan. Hehe.


Anyway, thanks for reading. Keep in touch.
#JobHunter #Bosan #RIPMH #alfatihah  

0@themyra (s)
OLD |